Gaya hidup Perlombongan_di_Australia

Pekan Mount Isa dikelilingi oleh deposit mineral yang meluas.

Kebanyakan lombong di kawasan terpencil mempunyai sebuah pekan syarikat seperti Roxby Downs atau Leigh Creek, ataupun petempatan-petempatan sokongan yang pernah menjadi pekan syarikat seperti Broken Hill dan Mount Isa.

Kebanayakan lombong kawasan terpencil beroperasi pada prinsip ulang-alik secara penerbangan, di mana tempat tinggal para pelombong serta keluarganya tetap berada di sebuah bandar besar dan para pelombong akan pergi ke lombong menerusi penerbangan dan kerja selama dua minggu lalu pulang semula ke tempat tinggal untuk berehat selama seminggu.[perlu rujukan] Jadual ini boleh berubah mengikut tapak perlombongan. Sistem ini adalah umum di pelantar minyak luar pesisir serta kawasan lombong di tanah Australia, seperti tapak Century, Challenger dan Bronzewing.

Makanan dan tempat menetap percuma disediakan kepada para pekerja untuk mengimbangi masa ketika di luar tempat tingal. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan dan dikumpul dari dewan mes di kem perlombongan. Kuarters disediakan tapak kem dengan jenis-jenis seperti rumah mudah alih 2 kali 4 meter dan rumah kekal 6 kali 8 meter dengan bilik en suite. Peti sejuk, katil, televisien, elektrik dan air juga disediakan dengan bilik.

Rujukan

WikiPedia: Perlombongan_di_Australia http://www.asx.com.au/investor/industry/mining/asx... http://www.hogan-mining.com.au/ http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://www.sbs.com.au/gold/story.html?storyid=135 http://www.southaustralianhistory.com.au/burra.htm http://www.southaustralianhistory.com.au/glenosm.h... http://www.southaustralianhistory.com.au/kapunda.h... http://www.southaustralianhistory.com.au/moonta.ht... http://www.publish.csiro.au/?act=view_file&file_id... http://www.gc3.cqu.edu.au/modern-world/index.php#a...